BERLIN 8 Feb. – Pemain tengah dan penjaring terbanyak Borussia Dortmund, Marco Reus bakal terlepas dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Tottenham pada minggu depan selepas mengalami kecederaan paha. Reus sudah pun diketepikan ketika menentang Hoffenheim dalam aksi liga apabila dia sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Spurs di Wembley pada Rabu depan. Pemain berusia 29 tahun itu sudah meledak 17 gol selain mencipta 11 gerakan gol pada musim ini dalam semua…










