Kalau Pas, UMNO dan Bersatu kerjasama, apa isu? - Nik Mohamad Abduh - Utusan Malaysia

Kalau Pas, UMNO dan Bersatu kerjasama, apa isu? – Nik Mohamad Abduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempersoalkan apakah wujud sebarang masalah jika benar Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjalinkan kerjasama.

Nik Mohamad Abduh berkata, apa sahaja tindakan yang diambil oleh Pas ketika ini adalah demi kepentingan agama Islam.

“Apa pun ‘move’ (langkah) Pas, ia adalah untuk halang DAP. Ia isu kedaulatan Islam. Kalau Pas, UMNO dan Bersatu bekerja sama, apa isu?,” soalnya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa terdapat perjanjian oleh Pas untuk tidak menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr. Mahathir jika parti komponen Pakatan Harapan (PH) memulakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN