KUALA LUMPUR 28 Feb.- Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menambah baik ciri keselamatan setem duti pada kotak rokok bagi mengelakkan kegiatan pemalsuan untuk tujuan penyeludupan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata, penambahbaikan pada duti setem itu sedang dalam proses pembangunan yang mana ia lebih baik berbanding dengan setem yang ada ketika ini. “Jabatan sedang cuba memperbaiki duti setem menggunakan kaedah baru yang mempunyai ciri keselamatan yang sukar dipalsukan…










