Jangan membazir undi - Utusan Malaysia

Jangan membazir undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu mengambil sikap rasional dalam memilih wakil rakyat bagi memastikan masa depan yang terbaik. 

Demikian ditegaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya yang menyifatkan pemilihan wakil rakyat itu haruslah daripada parti politik selari dengan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Hari ini kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH). Sekiranya rakyat berkehendakkan manfaat yang baik untuk masa depan, adalah lebih molek wakil rakyat yang kita pilih itu nanti datang daripada PH yang mentadbir negeri dan negara ketika ini.

“Usah kita membazir undi kepada parti pembangkang (BN) atau parti lain (PSM dan Bebas) kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyat khususnya di kawasan DUN Semenyih ini,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin berbilang kaum sempena Program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Semenyih di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation di sini lewat petang semalam.

Hadir sama dalam program itu ialah bekas Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz serta beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Kelab Kreatif Pewaris Malaysia, Persatuan Meng Lian, Kelab Khidmat Wawasan, Kelab Kebajikan dan Kemasyarakatan Selangor dan Kelab Prihatin Wanita dan Remaja Malaysia. 

Dalam pada itu, Abu Bakar turut meminta rakyat supaya tidak mudah melatah dengan taktik pembangkang yang dilihat terus memainkan sentimen kaum dan agama bagi meraih sokongan pengundi di DUN Semenyih. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN