Jabatan Perhutanan Perak nafi ugut Orang Asli - Utusan Malaysia

Jabatan Perhutanan Perak nafi ugut Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berlaku sebarang unsur ugutan ke atas Orang Asli Kampung Tasik Cunex di Gerik ketika sesi pertemuan bersama komuniti itu baru-baru ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, kehadiran pihaknya ke kampung itu bagi memberi penerangan kepada penduduk mengenai aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan.

“Saya mengambil maklum dakwaan oleh penduduk Orang Asli di Gerik itu yang mendakwa mereka telah diugut oleh Jabatan Perhutanan Negeri susulan tindakan mereka membina halangan sebagai protes kepada aktiviti pembalakan berhampiran tempat tinggal mereka.

“Hasil siasatan mendapati, pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah bertemu dengan komuniti Orang Asli di situ baru-baru ini bagi memberi penerangan mengenai akiviti pembalakan di kawasan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut laporan sebuah portal media menyatakan penduduk Orang Asli berkenaan mendakwa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) telah menceroboh kawasan tanah adat mereka untuk aktiviti pembalakan sejak 18 Januari lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN