Inkues Adib: Ketua Balai sedia 15 soalan bagi mendapatkan penjelasan - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Ketua Balai sedia 15 soalan bagi mendapatkan penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Saksi ke-18 prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu Mahkamah Koroner tadi bahawa pihaknya menyediakan 15 soalan untuk diberikan kepada Muhammad Adib bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian yang menimpanya pada 27 November lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, dokumen soalan itu ditanyakan kepada Muhammad Adib pada 12 Disember 2018 selepas anggota bomba itu selesai menjalani fisioterapi di Institut Jantung Negara.

Katanya, semua jawapan yang dijawab Muhammad Adib ditanda dalam kertas yang disediakan olehnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut 15 soalan yang ditanyakan kepada Muhammad Adib oleh Syed Sharil Anuar.

1. Adakah perusuh cuba buka pintu kenderaan masa kenderaan berundur. Angguk sambil tanda ya.

2. Adakah Adib cuba halang dan tahan pintu dari terbuka. Adib tanda ya.

3. Adakah mereka berjaya membuka pintu EMRS? Adib jawab ya dalam ruangan kotak.

4. Apakah perasaan Adib ketika mereka cuba buka pintu kenderaan. Ada beberapa pilihan jawapan iaitu takut, cemas, tertekan dan panik. Dia tanda tertekan.

Saya tanya semula tertekan? Dia angguk.

5.Adakah Adib ditarik keluar dari kenderaan EMRS? Adib tanda ya.

6. Jika ditarik, adakah mereka tarik Adib bahagian mana? Dia tanda bahu sambil tunjuk bahu dia.

Bagaimanapun, Adib tidak menjawab soalan nombor 7,8 dan 9 kerana dia tidak tandakan apa apa. 

7. Apakah Adib terjatuh selepas ditarik?  Adib bagi isyarat tangan.. Saya kata tak ingat, dia buat isyarat “thumbs up”.

8. Adakah Adib terjatuh semasa ditarik? Dia tidak jawab.

9. Semasa Adib dipukul adakah sedar atau tak? Dia tidak ingat.

10. Adakah mereka memukul dengan peralatan. Dia tanda ya

11. Jika gunakan perlatan adakah Adib nampak? Dia tanda tidak nampak.

12. Peralatan apakah yang digunakan semasa pukul? Kayu, batu, besi atau lain-lain peralatan?. Dia tanda lain-lain peralatan.

13. Adakah Adib sedar semula di lokasi atau hospital?  Dia tanda hospital

14. Adakah Adib terasa terancam ketika berada dalam situasi itu?. Dia tanda ya.

15. Adakah Adib cuba bertindak pertahan diri ketika itu? Dia buat isyarat tak ingat.

Beliau kemudiannya bertanyakan semula soalan nombor 7,8,9 dan 15  tetapi Adib menjawab tidak ingat- K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN