SHAH ALAM – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman sudah mencadangkan nama Muhammad Adib Mohd. Kassim untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebelum kejadian rusuhan pada 27 November tahun lalu. Bagaimanapun, perkara itu tidak kesampaian kerana anggota bomba malang itu sudah meninggal dunia akibat insiden terbabit. “Saya ada mencadangkan nama Allahyarham tetapi tidak kesampaian,” katanya. Terdahulu, pada prosiding petang ini, Muhammad Adib sempat memohon…










