Industri hartanah mendatar - Utusan Malaysia

Industri hartanah mendatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Industri hartanah negara dijangka terus mendatar dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang, ekoran masalah berkaitan lambakan unit kediaman tidak terjual dan lebihan bekalan ruang pejabat.

Pengarah Kajian Rahim & Co International Sdn. Bhd. (Rahim & Co), Sulaiman Akhmady Mohd. Saheh berkata, meskipun terdapat sedikit penambahbaik­an dari segi kadar mampu milik kediaman di sesetengah kawasan, soal kemampuan masih menjadi masalah buat kebanyak­an rakyat.

“Nisbah harga rumah median kepada pendapatan tahunan isi rumah rakyat Malaysia kekal pada paras 5.3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bermakna rakyat secara amnya perlu menyimpan keseluruhan gaji mereka untuk tempoh 5.3 tahun dan jumlah tersebut bersamaan dengan harga median rumah di negara ini,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena pelancaran penerbitan tahunan Kajian Pasaran Hartanah Rahim & Co untuk 2018/2019 di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sulaiman Akhmady menjelaskan, bagaimanapun terdapat perubahan bagi kawasan Kuala Lumpur iaitu daripada nisbah 6.9 pada 2016 kepada 5.3 sehingga suku ketiga 2018 manakala nisbah di Selangor turut menurun daripada 6.3 kepada 5.0, dengan kadar mampu milik yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah pada 3.0.

“Kini terdapat tanda-tanda penurunan harga rumah termasuk di kawasan bandar, misalnya di Mont Kiara namun kami belum menyaksikan peningkatan pembelian kediaman oleh rakyat,” katanya.

Sehingga suku ketiga 2018, terdapat 43,219 unit rumah siap dibina tidak terjual bernilai RM29.47 bilion seluruh negara, termasuk unit pangsapuri perkhidmatan dan kediaman jenis SOHO (Small Office Home Office).

Johor memegang jumlah unit tidak terjual paling tinggi iaitu sebanyak 13,767 unit melibatkan nilai RM10.60 bilion diikuti Se­langor 7,233 unit (RM5.50 bilion) dan Kuala Lumpur 5,114 unit (4.84 bilion).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×