Imigresen Kedah tahan sembilan PATI - Utusan Malaysia

Imigresen Kedah tahan sembilan PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 28 Feb. – Jabatan Imigresen Kedah menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh dalam Op Bersepadu di dua lokasi berasingan di Mergong di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin berkata mereka ditahan di premis perniagaan dan tapak pembinaan, berumur antara 22 dan 43 tahun yang terdiri daripada lima lelaki serta seorang wanita warga Myanmar dan tiga lelaki warga Bangladesh.

“Operasi yang bermula pada 3.15 petang dan berakhir jam 6 petang itu menjalankan pemeriksaan ke atas 185 warga asing pelbagai warganegara dan daripada itu sembilan orang ditahan.

“Kesemua ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1985/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, di sini untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN