Emma Maembong buka tudung - Utusan Malaysia

Emma Maembong buka tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya sudah tidak bertudung sejak tiga hari yang lalu selepas lima tahun mengenakan hijab.

Pengakuan itu didedahkan secara eksklusif kepada sebuah portal sebentar tadi dengan mengatakan bahawa keputusan itu bukanlah satu tindakan yang baik. 

Bahkan pelakon drama Isteri Separuh Masa itu menafikan tindakan tersebut dibuat berikutan terkesan dengan kontroversi gambar panas membabitkan dirinya yang tular baru-baru ini. 

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datangnya daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala biarlah antara diri saya dan Tuhan. Selepas ini saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada. 

“Untuk istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah, pasti ada ujian menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman. Ia bukan contoh yang baik dan jangan ikut apa yang saya lakukan. 

“Dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun saya tewas dan kemudian perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya. 

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu turut mengakui keputusan itu sukar diterima ahli keluarganya. 

“Akan tetapi mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Namun itu tidak bermakna mereka menggalakkan saya membuka tudung. Keluarga sangat berharap suatu hari nanti agar saya kembali istiqamah, katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN