Dua beranak kritikal akibat lemas tertidur di dalam kereta - Utusan Malaysia

Dua beranak kritikal akibat lemas tertidur di dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang juruteknik projek dan anak lelakinya yang berusia enam tahun kritikal akibat lemas dipercayai tertidur di dalam kereta mereka di kawasan parkir Hospital Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Amiroshelmi Jusoh, 30, dan anak lelakinya,  Putera Rafiudin, 6, yang menetap di Bandar Baru Kerteh dekat sini dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta Proton Gen 2 itu oleh salah seorang rakan sekerjanya pada pukul 12.30 tengah hari.

Mohd. Hazmin Jusoh, 33, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang mencari Mohd. Amiroshelmi di kawasan hospital itu untuk membincangkan hal berkaitan kerja setelah lelaki itu gagal dihubungi.

“Sebelum itu, Mohd. Amiroshelmi jarang tidak menjawab panggilan telefon. Saya mengambil keputusan pergi ke Hospital Kemaman kerana difahamkan dia sedang menjaga isteri dan salah seorang anaknya yang sedang mendapat rawatan di hospital itu sejak Isnin lalu.

“Sebaik tiba saya nampak kereta Proton Gen 2 miliknya di pintu pagar hospital, saya mendapati rakan sekerja saya itu dan anak lelaki didapati tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN