Darurat, serangan beruang kutub ditamatkan - Utusan Malaysia

Darurat, serangan beruang kutub ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 19 Feb. – Serangan agresif beruang kutub di kawasan penempatan di Artik berjaya ditamatkan dalam tempoh 10 hari.

Pihak berkuasa di timur laut kepulauan Novaya Zemlya mengisytiharkan darurat setelah 52 ekor beruang kutub dilihat memasuki rumah-rumah dan bangunan awam pada minggu lalu.

Katanya, bantuan telah dimohon kepada Moscow yang mempunyai kem tentera bagi menangani situasi tidak pernah berlaku itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serangan beruang kutub besar-besaran itu telah tamat,” katanya.

Beruang kutub telah terjejas dengan pemanasan global bersama pencairan ais Artik memaksa haiwan itu meluang lebih masa di daratan bagi mendapatkan makanan. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN