BEIJING 27 Feb. – China menyeru Pakistan dan India untuk ‘mengawal tindakan’ dan berdialog selepas Islamabad menembak jatuh dua jet pejuang di ruang udara di wilayah konflik Kashmir hari ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, mereka berharap agar kedua negara nuklear tersebut menahan diri seterusnya mengambil inisiatif yang kondusif untuk mempromosikan dialog. “Mencari jalan tengah dan mengambil usaha aktif bagi keamanan berpanjangan dan kestabilan di Asia Selatan,” katanya.…










