BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 27 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 27 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HADIAH Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang akan disempurnakan majlis perasmian penyampaian hadiahnya oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sudah melewati edisi ke-33.

HSKU terbukti sebagai wahana memupuk bakat sasterawan dan karyawan tanah air dalam melahirkan karya bermutu tinggi selain mengangkat martabat kesusasteraan Melayu dan khazanah seni tamadun bangsa.

Sejak Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 18 Jun 1938, ramai penulis ternama memulakan langkah awal mereka di Utusan sehingga institusi itu digelar ‘universiti terbuka’ bagi para penulis hebat tanah air.

Patriot-patriot awal Utusan Melayu waktu itu berpegang teguh kepada agenda perjuangan suci yang sering dilafaz sebagai jihad untuk alif, ba, ta iaitu alif (agama), ba (bangsa) dan ta (tanah air) seperti mana dirintis oleh pengasasnya, Yusuf Ishak.

Bak kata-kata Allahyarham Usman Awang yang juga Sasterawan Negara: “Utusan ibarat sebuah pelabuhan besar. Orang sentiasa datang dan pergi. Kita besar, kita mengukir nama. Tetapi, kita kena ingat, kita besar kerana Utusan. Kita terhutang budi pada Utusan!”


AWANG: Terus berkarya, berjuang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN