Bersatu pecahkan kerjasama Pas, UMNO? - Utusan Malaysia

Bersatu pecahkan kerjasama Pas, UMNO?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempamerkan seni politik beliau ketika bermulanya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih hari ini apabila mendakwa Pas tidak akan menyokong UMNO kali ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu malah memberitahu perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan kedua-duanya semalam.

DR. MAHATHIR MOHAMAD
DR. MAHATHIR MOHAMAD 

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan perkara itu bukan sekadar diputuskan menerusi kata-kata, malah dilengkapkan dengan pe­ngakuan secara bertulis dan ditandatangani.

“Berkenaan dengan politik. Tentang pihak parti Pas dalam PRK ini tidak akan menyokong parti UMNO.

“Dia (Abdul Hadi) beritahu (tidak akan menyokong UMNO), tetapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita semasa hadir ke program Festival Demokrasi 2019 di sini hari ini.

Kata-kata beliau mengejutkan para pemberita memandangkan Pas dan UMNO sebelum ini berkobar-kobar mahu bekerjasama tambahan pula sebelum itu beberapa pemimpin Pas hadir ke Pusat Penamaan Calon PRK DUN Semenyih dan dilihat menyokong calon UMNO.

Abdul Hadi bersama Setia­usaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir di pejabat Pengerusi Bersatu itu di Yayasan Al-Bukhary di sini semalam.

UMNO dan Pas sebelum ini dilaporkan bersetuju mewujudkan jawatankuasa bersama bagi me­rangka strategi menghadapi PRK itu yang dijadualkan pada 2 Mac ini bagi mengulangi kerjasama ketika berdepan PRK Parlimen Cameron Highlands pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN