Belum muktamad jual Hotel Royale Chulan - Utusan Malaysia

Belum muktamad jual Hotel Royale Chulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Kementerian Pertahanan menegaskan belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung penjualan aset milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd. (BHB) iaitu Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, di sini.

Pejabat Menteri Pertahanan berkata, perkara itu masih dalam peringkat penilaian dan proses penjualan belum diputuskan.

“Penilaian masih dijalankan dengan teliti memandangkan lokasi hotel ini berada di kedudukan yang strategik di salah satu kawasan pelancongan utama dan zon perhotelan di pusat bandar raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, tawaran yang terbaik daripada pembeli yang berminat sedang dalam pertimbangan dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan aset strategik milik BHB bersedia untuk dijual pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada sebuah firma Singapura, Hotel Royal Limited. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN