IPOH 27 Feb. – Seorang bekas kerani akaun sebuah firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan pecah amanah bernilai RM103,740.55, tujuh tahun lalu. Tertuduh, V. Pathumavethi, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM103,740.55 apabila menyalahgunakan harta dan menjadikan harta itu untuk kegunaan sendiri melalui cek bagi pembayaran baucar yang dibuatnya. Perbuatan…










