Beberapa kawasan Johor Bahru dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan Johor Bahru dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Hujan lebat hampir dua jam melanda daerah ini hari ini menyebabkan beberapa kawasan terjejas selepas dilanda banjir kilat.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, hujan mula melanda pada pukul 3 petang menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air kira-kira 0.5 meter.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Haji Yaakob, Kampung Mohd. Amin, Jalan Tahar, Danga Bay serta Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami akan melakukan pemantauan awal ekoran bencana ini dan setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka.

“Hujan sudah mula berhenti dan kami menjangkakan air akan surut dalam masa 20 hingga 30 minit,” katanya. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini