TOKYO 27 Feb. – Bayi lelaki pramatang yang dilahirkan hanya sebesar bawang berjaya pecah rekod dunia sebagai bayi paling kecil yang berjaya hidup.
Bayi seberat 268 gram itu dilahirkan ketika berusia 24 minggu apabila dia berhenti membesar di dalam rahim ibunya.
Menurut Hospital Universiti Keio, bayi lelaki yang kini mempunyai berat 3.2 kilogram itu telah dibenarkan keluar hospital minggu lalu selepas lima bulan menerima rawatan.
“Saya gembira kerana dia membesar seperti ini kerana secara jujurnya, saya sebenarnya tidak pasti sama ada dia berpeluang untuk hidup atau tidak,” kata ibu bayi berkenaan. -AFP










