PUTRAJAYA 27 Feb. – Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan barangan yang didaftarkan serta beroperasi di Sabah dan Sarawak akan diseragamkan menggunakan kriteria Berat Tanpa Muatan (BTM) bermula 1 April ini. Anthony Loke Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penyeragaman tersebut akan melibatkan 14 kategori atau kod kegunaan kenderaan barangan yang terdapat di Sabah. “Penyeragaman tersebut dilakukan bertujuan untuk mengurangkan ketirisan hasil kepada kerajaan susulan proses pendaftaran…










