Bapa dakwa anak pelari muda terpantas dunia - Utusan Malaysia

Bapa dakwa anak pelari muda terpantas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPA, Florida – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun dipercayai pelari kanak-kanak terpantas dunia selepas mencatat masa 13.48 saat dalam satu acara pecut 100 meter (m) di sini baru-baru ini.

Satu klip video yang dikongsi di Instagram menunjukkan Rudolph ‘Blaze’ Ingram turut meleburkan rekod masa 14.59 saat yang dicipta sendiri dalam satu acara sama pada Ogos lalu.

Bapa Blaze, Rudolph Ingram Senior yang juga jurulatihnya berkata: “Bangga untuk menyatakan bahawa anak saya mungkin kanak-kanak tujuh tahun terpantas dunia. Semua masa latihan membuahkan hasil.”

Blaze yang merupakan pelajar pintar di Sekolah Rendah Cahoon di sini dan model kecergasan di Instagram mempunyai seramai 301,000 pengikut di laman sosial itu.

Bekas pelari Jamaica, Usain Bolt, 32, masih memegang rekod sebagai manusia terpantas dunia dengan catatan masa 9.58 saat untuk acara pecut 100m. Bolt mencipta rekod itu di Berlin, Jerman pada 2009. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN