Bantuan ESHN nelayan berusia 70 tahun ke atas dihentikan? - Utusan Malaysia

Bantuan ESHN nelayan berusia 70 tahun ke atas dihentikan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Feb. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa telah menghentikan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) terhadap nelayan berusia 70 tahun ke atas.

NAZRI AHMAD
NAZRI AHMAD 

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), Nazri Ahmad berkata, perkara itu dikesan berlaku pada bulan ini apabila terdapat nelayan berusia lebih 70 tahun di negeri ini mengadu bantuan yang sering diterima pada pertengahan bulan tidak dimasukkan ke dalam akaun seperti biasa.

“Kita masih belum ada jumlah sebenar nelayan yang terlibat tetapi masalah ini telah diadukan kepada pihak persatuan.

“Walaupun mereka dikatakan boleh membuat rayuan namun prosesnya akan mengambil masa dan menyukarkan kehidupan nelayan yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nazri walaupun sudah berusia lebih 70 tahun nelayan-nelayan berkenaan masih tetap turun ke laut untuk mencari rezeki.

“Kami amat kecewa dengan situasi yang menimpa para nelayan sekarang.

“Kerajaan boleh guna pelbagai langkah lain untuk berjimat tetapi jangan ambil duit bantuan nelayan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×