APMM tahan kapal penunda disyaki bersauh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

APMM tahan kapal penunda disyaki bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal penunda yang disyaki bersauh tanpa kebenaran Jabatan Laut di perairan Dungun dekat sini semalam.

Sewaktu ditahan pada pukul 12.15 tengah hari itu, kapal penunda terbabit yang berdaftar di Tuvalu sedang bersauh pada kedudukan 0.5 batu nautika dari selatan muara Sungai Dungun berhampiran Kuala Dungun dekat sini.

Pengarah Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, APMM menerima aduan daripada Jabatan Laut Wilayah Timur yang kapal penunda mencurigakan itu  bersama sebuah tongkang kosong telah bersauh di lokasi berkenaan sejak Ahad lalu.

“Pemeriksaan mengesahkan kapal penunda terbabit yang memiliki sembilan kru terdiri daripada dua warga tempatan dan tujuh warga Indonesia tidak memiliki kebenaran daripada Jabatan Laut untuk bersauh di lokasi itu.

“Siasatan awal juga mendapati kapal itu berkemungkinan mahu digunakan untuk menunda tongkang kosong tersebut bagi kerja-kerja mengorek pasir di perairan berkenaan,” katanya pada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN