85 penghuni penjara Pahang tamat Program Tafaqquh Fiddin - Utusan Malaysia

85 penghuni penjara Pahang tamat Program Tafaqquh Fiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 28 Feb. – Seramai 85 penghuni penjara di negeri ini berjaya menamatkan Program Pensijilan Tafaqquh Fiddin (TFD) Tahap 1 dalam Majlis Konvokesyen TFD yang diadakan di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong di sini hari ini.

Graduan sulung dalam kalangan penghuni penjara itu adalah daripada 150 kumpulan pertama dari Penjara Penor, Penjara Bentong dan Pusat Khidmat Kemasyarakatan Kem Batu 10, Kuantan.

Sijil kepada banduan yang berjaya menamatkan pengajian selama tempoh 18 bulan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd. Nawawi.

TFD adalah program pengajian agama Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

TFD yang menekankan kepada memahami ilmu agama secara bersungguh-sungguh melalui subjek al-Quran, tafsir, tauhid, feqah dan tasawuf.

TFD mula dilaksanakan di tiga penjara di negeri ini iaitu Penjara Penor, Kompleks Penjara Bentong dan Pusat Pemulihan Kemasyarakatan Kem Batu 10, Kuantan pada 2017 melibatkan 150 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini