309 PATI ditahan polis - Utusan Malaysia

309 PATI ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 309 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi bersepadu di sekitar terminal bas Kota Raya di sini hari ini.

Dalam operasi pada pukul 9 pagi itu telah dijalankan 175 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Difahamkan, kesemua yang ditahan terdiri daripada 290 lelaki dan 19 wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua yang ditahan akan dihantar ke lokap Jinjang, Dang Wangi dan Cheras untuk pemeriksaan.

“Kita akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap dokumen perjalanan, passport dan permit kerja.

“Kita juga akan memeriksa sekiranya mereka ini mempunyai rekod jenayah bagi memastikan ibu negara bebas dari jenayah,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas selesai operasi berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×