SHAH ALAM 11 Feb.- Prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya dekat sini bermula hari ini dijangka memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan. Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang merupakan salah seorang pegawai pengendali berkata, tiga saksi tersebut adalah seorang pegawai polis yang menerima laporan mengenai kebakaran dalam insiden rusuhan kuil November…