LAGOS 27 Feb. – Sekurang-kurangnya 29 orang termasuk seorang anggota polis, dibunuh oleh sekumpulan penyamun bersenjata di negeri Kaduna, barat laut negara ini semalam. Serangan berkenaan berlaku di kampung Maro dan Kachia di daerah Kajuru serta Kachia. “Banyak rumah dan van polis dibakar ketika serangan tersebut,” kata pesuruhjaya polis, Ahmad Abdurrahman dalam satu sidang media di Kaduna. – BERNAMA










