JEMPOL – Seramai 16 penagih dadah termasuk seorang wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun ditahan polis dalam satu operasi di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Palong 2, Gemas dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang Pot Kandang Kambing yang dijalankan pihak polis di lokasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi. Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan dua…










