11 NGO gesa pihak berkuasa siasat tindakan hina nabi - Utusan Malaysia

11 NGO gesa pihak berkuasa siasat tindakan hina nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Sebelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aishah.

Amir Amsaa Alla Pitchay
Amir Amsaa Alla Pitchay 

NGO berkenaan antaranya ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Amanah Rasah Cekal (ARC) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desma).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan individu yang menghina itu menggugat keharmonian dan keamanan umat Islam di negara ini.

Ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini, Presiden MJMM, Abdul Rani Kulop Abdullah pula berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama.

“Gejala ini perlu ditangani segera agar tidak berleluasa selain mengelak timbul sikap kebencian sesama kaum,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN