Wartawan bongkar skandal rasuah bola sepak ditembak mati - Utusan Malaysia

Wartawan bongkar skandal rasuah bola sepak ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA 18 Jan.- Seorang wartawan yang membongkar skandal rasuah dalam pasukan bola sepak Ghana baru-baru ini ditembak mati oleh dua lelaki bersenjatakan pistol di hadapan rumah mangsa di pinggir kota Madra, di sini, semalam.

Portal CNN melaporkan, ketika kejadian, Ahmed Hussein-Suale dikatakan berada di dalam keretanya sebelum ditarik keluar oleh dua lelaki bermotosikal dan menembak mangsa dengan jarak dekat.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaaan parah di dada dan leher. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN