TAWAU 1 Jan. – Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Tawau dan Kalabakan hari ini membuat laporan polis bagi menafikan kononnya kedua-dua bahagian parti itu terlibat dalam mengeluarkan memorandum bantahan penganjuran sambutan Hari Krismas dan Fiesta Ambang Tahun Baharu 2019 anjuran Parlimen Tawau. Memorandum bantahan itu disiarkan di sebuah akhbar tempatan hari ini oleh kumpulan yang mendakwa mewakili masyarakat Muslim di sini. Ketua WARISAN Bahagian Tawau Frank Salazar @ Franco dan…










