Wajar kekalkan Dr. Mahathir sebagai PM - Ezam - Utusan Malaysia

Wajar kekalkan Dr. Mahathir sebagai PM – Ezam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor merasakan cadangan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal ini adalah wajar.

Katanya, ini kerana mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu adalah kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan Dr. Mahathir untuk menyelesaikan masalah negara.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, blok pembangkang hanya mendapat mandat memerintah setelah Dr. Mahathir menerajui PH dan diisytihar sebagai calon Perdana Menteri gabungan tersebut.

“Sejarah juga membuktikan hakikat cubaan blok pembangkang sebelum ini dan penawaran calon Perdana Menteri selain Dr. Mahathir sebelum ini gagal memperolehi mandat rakyat.

“Mandat rakyat itu adalah untuk menyelesaikan masalah negara. Bukan soal tempoh masa jawatan Perdana Menteri dan penggantinya .Ia soal negara dan masalah negara yang perlu diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Oleh itu kata Mohamad Ezam, cadangan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Ke-2 baru-baru ini agar Dr. Mahathir terus memegang jawatan Perdana Menteri selama satu penggal penuh adalah wajar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN