SHAH ALAM 18 Jan. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mati ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang awal Januari lalu. Tertuduh, M. D. Ozziram, 25, memakai tshirt berwarna biru dan putih itu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari. Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh…










