CAMERON HIGHLANDS 18 Jan. – UMNO percaya wujud usaha untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini apabila tempoh mengundi di DUN Jelai yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berakhir awal. Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tempoh mengundi di sebahagian besar Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Jelai terlalu singkat dan ada yang ditamatkan seawal pukul 1 petang. Menurutnya, hanya…









