[VIDEO] Polis Marin rampas mercun RM2 juta - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis Marin rampas mercun RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Kira-kira 600 kotak mengandungi 29 jenis mercun dan bunga api yang diangga bernilai lebih RM2 juta dirampas di Taman Pulai Bayu di Iskandar Puteri, semalam.


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Dalam serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 itu, seramai empat lelaki berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, mereka dipercayai bekerja mengambil upah sebagai pemunggah barang sejak November 2018 dengan gaji sebanyak RM1,500 hingga RM2,000.

“Menerusi serbuan terbabit juga polis turut merampas empat buah telefon bimbit dan dua buah kenderaan jenis lori dan sebuah van yang dianggarkan bernilai RM120,000.

“Siasatan awal ke atas suspek mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah. Kesemua mereka direman hari ini hingga Rabu ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Mohd. Khalil berkata, rumah terbabit dipercayai bertujuan sebagai stor penyimpanan dan sudah beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

“Kita percaya mercun dan bunga api terbabit adalah untuk pasaran pada musim perayaan di seluruh negeri ini dan rampasan ini merupakan yang terbesar sepanjang tahun 2018,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN