CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Peti undi pertama Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tiba di pusat penjumlahan undi rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di sini pada pukul 2.45 petang. Helikopter membawa peti undi tersebut dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi setelah pusat mengundi di lokasi tersebut ditutup pada pukul 1 petang. – UTUSAN ONLINE










