Video Ketua Hakim, Peguam Negara berjoget tular - Utusan Malaysia

Video Ketua Hakim, Peguam Negara berjoget tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu rakaman klip video yang memaparkan aksi beberapa individu penting dalam institusi kehakiman dan perundangan negara sedang menari bersama dalam satu majlis makan malam tular di media sosial semalam.

Klip video berdurasi 41 saat itu dirakam pada majlis ‘Opening Of The Legal Year 2019 Gala Dinner’.

Rakaman itu memaparkan beberapa individu termasuk Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas sedang rancak menari beramai-ramai di atas pentas.

Selain kedua-dua tokoh itu, antara mereka yang berprofil tinggi didapati berada dalam vi­deo sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×