KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akhirnya berjaya menundukkan bekas juara dunia dua kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan buat kali pertama dalam karier mereka untuk melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini. Pasangan bebas negara itu meraih kemenangan 21-19, 24-22 ke atas Ahsan-Hendra yang juga juara Olimpik Beijing 2008 untuk menempah pertemuan dengan pilihan ketiga…










