SAUDARA PENGARANG, ALANGKAH baiknya jika lebih ramai kaum Cina di negara ini mempunyai kesungguhan untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mereka sepatutnya berasa tercabar dengan usaha bersungguh-sungguh universiti di China untuk menghantar pelajar mereka ke negara kita bagi mendalami bahasa Melayu seperti dilakukan Universiti Pengajian Antarabangsa Xian. Sebagai bahasa kebangsaan, saya berpendapat semua rakyat Malaysia patut berbangga untuk menguasainya dan lebih penting lagi, boleh berkomunikasi dalam bentuk lisan dan tulisan…










