PUTRAJAYA 17 Jan. – Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju cadangan rang undang-undang bahan khayal digubal bagi tujuan mencegah, merawat dan membolehkan pengawasan penagih atau pengguna bahan khayal. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu adalah bagi menangani masalah penyalahgunaan bahan khayal atau inhalan seperti gam dalam kalangan remaja. “Ini adalah satu masalah sosial yang meruncing, ada anak muda seawal usia 10 tahun…










