KUALA LUMPUR 29 Jan. – UMNO akan terus bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor susulan kejayaan pembangkang dalam PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua parti telah bersetuju mewujudkan jawatankuasa bersama bagi merangka strategi menghadapi PRK itu yang dijadualkan pada 2 Mac ini. Beliau…










