KUALA LIPIS 17 Jan. – ISU kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dijawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus kepada peneroka ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kelewatan berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan peruntukan sebanyak RM77 juta telah diluluskan kerajaan Pusat pada 20 Disember lepas. “Duit sudah ada dan kita pun nak tahu…










