LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meninjau projek pembinaan Menara Maha setinggi 138 meter yang terletak di pesisir pantai di bandar Kuah di sini. Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan pihak pengurusan syarikat pemaju projek itu, PFCE Integrated Plant And Project (PIPP), mengiringi Perdana Menteri ke tapak projek yang akan menjadi mercu tanda baharu pulau legenda itu. Pada November 2013, Mahathir menyempurnakan majlis menanam…










