Anda telah diberitahu oleh doktor bahawa anda menghidap diabetes. Ia amat mengejutkan, berita yang tidak dijangka bagi setiap orang. Anda mungkin berasa sedih, marah atau takut memikirkan hidup dengan penyakit kronik ini. Jangan putus asa. Menghidap diabetes bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna sehingga ke usia tua. Apa yang perlu dilakukan adalah melakukan sedikit perubahan gaya hidup dan kuasai diri untuk menghadapi cabaran tersebut.…










