Tindakan segera tangani dadah - Utusan Malaysia

Tindakan segera tangani dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Jan. – Kerajaan negeri disaran untuk mengambil tindakan segera bagi mengelak lebih ramai anak muda daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti yang berlaku ke atas anak seorang menteri, baru-baru ini.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, perkara itu penting kerana generasi muda merupakan masa depan negara ini.

“Ketika saya bertugas, saya dapati berlakunya penyalahgunaan dadah dalam pusat hiburan, termasuklah dengan memasukkan cecair dadah sintetik ke dalam vape.

“Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam isu ini sebelum menjadi barah dalam masyarakat kita, kerana generasi muda terlibat juga terdiri daripada kakitangan kerajaan serta golongan profesional,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi berhubung isu penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.

“Sebagai rakyat Johor, kita pastinya tidak mahu kejadian seperti membabitkan anak seorang menteri berlaku di negeri ini,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×