KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Dr. Mahathir berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama dari negara yang banyak melakukan perkara yang salah.
“Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali.
“Kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan namun tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










