Terengganu sasar lima juta pelancong tahun ini - Utusan Malaysia

Terengganu sasar lima juta pelancong tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan kehadiran lima juta pelancong akan mengunjungi negeri itu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu meliputi 80 peratus pelancong domestik manakala selebihnya luar negara terutamanya dari China dan Eropah.

“Kebanyakan pelancong yang singgah di Terengganu gemar menginap di pulau-pulau peranginan yang terdapat di negeri ini termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

“Ia turut menarik perhatian ramai pelabur untuk membina hotel baharu selain permintaan untuk membina landasan kapal terbang di pulau-pulau berkenaan melibatkan cadangan pelaburan mencecah bilion ringgit yang kini sedang diteliti kerajaan negeri,”katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyambut kehadiran pelancong sempena kempen Jom Singgah Beautiful Terengganu 2019 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini,

Selain LTSM, program menyambut kehadiran pelancong ke Terengganu sempena Tahun Baru turut diadakan di dua lagi pintu masuk ke negeri ini iaitu Bukit Yong, Besut dan kawasan Rawat dan Rehat Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 dekat Kemaman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×