PEKAN – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang berazam untuk mencapai kecemerlangan seperti mana ayahanda baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri ini. Tengku Hassanal dalam titahnya mengakui, ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdan dan nenda Sultan Ahmad Shah telah meletakkan penanda aras yang tinggi semasa bergelar Tengku Mahkota Pahang. “Saya akui memang tinggi (penanda aras yang diletakkan…










