KABUL 28 Jan. – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani menyeru kumpulan militan, Taliban untuk ‘perbincangan serius’ dengan kerajaan di sini hari ini.
Menurutnya, kumpulan tersebut diminta menunjukkan semangat kenegaraan dan menerima permintaan rakyat bagi keamanan.
“Saya menyeru Taliban untuk menunjukkan semangat Afghanistan dan menerima permintaan bagi keamanan seterusnya mengadakan perbincangan serius dengan kerajaan,” katanya.
Sebelum ini, Taliban telah lama menolak perbincangan dengan kerajaan dibawah Ashraf dengan mengelar mereka sebagai boneka. – AFP










