Sumbang £100,000 dana Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor - Utusan Malaysia

Sumbang £100,000 dana Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Jan. – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bernilai £100,000 (RM542,000) bagi dana Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor.

Dana itu bertujuan membantu pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di luar negara dan akan diuruskan menerusi Bantuan Inisiatif Dana Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris bertitah, Sultan Johor amat prihatin dengan beban kewangan yang dihadapi pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Baginda bertitah, pada Disember lalu ketika berangkat ke London, Sultan Johor bertemu sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian mereka di United Kingdom.

“Ini merupakan kali kedua DYMM Tuanku Sultan membantu pelajar-pelajar Malaysia di luar negara menerusi Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor,” titah Tuanku Permaisuri Johor kepada Royal Press Office, hari ini.

Terdahulu, Tuanku Permaisuri Johor berkenan menerima mengadap Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Zarith Sofiah Negeri Johor di Istana Bukit Serene di sini.

Pertemuan dengan baginda berlangsung selama hampir sejam dan Raja Zarith Sofiah bertitah pemilihan penerima serta jumlah bantuan akan diperhalusi pihak Yayasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN